Kepada yang sudi jengok blog aku, terima kasih aku ucapkan. Bagi sesiapa yang kurang senang dengan post-post, gambar-gambar @ komen-komen yang ada, sila la jengok blog lain yer... Mungkin persepsi kita berbeza dan aku ada point of view aku sendiri dalam soal kehidupan ni...

Tuesday, March 1, 2016

Sungguh-sungguh Punya Sawang

Last post was on December 2015..
Today is 1st of March 2016

Okey

Sangat lama

Bukan aku lupa..
Cuma kesempatan itu tiada


Thursday, December 3, 2015

Cuba | Try | Test

Dalam hidup, kita mampu mencuba
Dari yang kurang baik
Cuba menjadi yang baik
Dari yang tidak sensitif
Cuba menjadi yang lebih prihatin

Tak salah mencuba
Asalkan ia tidak memudharatkan
Boleh mencuba 
Asalkan ia tidak menyakitkan sesiapa

Selagi daya
Kita cuba
Selagi mampu
Kita cuba
Mungkin ada yang lebih baik bakal menjelma

Setiap kekurangan pasti ada ruang untuk kita cuba perbaiki
Dengan daya yang ada
Dengan asa yang mampu

Jangan pernah rasa cukup
Jangan rasa selesa dengan kekurangan
Jika ada ruang
Baiki
Jika perlu
Ubah

Hidup kita tiada yang lama
Jangan siakan


Friday, October 9, 2015

Hidup Baru

Takdir Tuhan, entah apa laluannya..
.. adakala pedih
.. ada tika perih
Tapi dalam setiap apa yg ditakdirkan
Pasti DIA selitkan hikmah

Punyai laluan sukar
.. membuat aku pernah patah semangat
.. hampir terlucut dari yakin
Mujur ada malaikat syurga DIA hantarkan
Menemani setiap langkah aku
Menyuntik semangat tiap kali aku rapuh

Syukur
DIA menambahkan lagi bahagia aku
DIA tabur lebihan rahmatNya
Allahu
Tak terhingga
Syukur

Disatukan dengan cinta lama
Takdir DIA
Ada yang mengeji
Teruskanlah
Mungkin mereka terlupa
Takdir DIA terpalit dalam kejian mereka
Aku diamkan saja

Langkah dalam hidup
.. tak pernah dijanjikan mudah
.. tapi DIA tak lokek
.. setiap apa kurangnya
.. jika mahu lebih, minta
.. jika mahu bahagia, minta
.. jika mahu keampunan, minta
Kita hamba
Mengemislah pada DIA
Tiada salahnya
Jangan bongkak, enggan meminta
Segala punyanya DIA

Moga DIA kurniakan kasih sayangNya berterusan
Moga DIA palitkan bahagia pd setiap lorekan luka.. biar sembuh segalanya

Terima kasih TUHAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TuneList

TuneList - Make your site Live